Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Barang murah orang miskin kena cukai, barang mahal orang kaya tak kena’

PARLIMEN | Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) menempelak dasar kerajaan yang disifatkan sebagai songsang ketika mempersoal status melaksanakan cukai barang bernilai tinggi (HVGT).

Presiden Bersatu itu menegaskan pelaksanaan HVGT sepatutnya dilaksanakan pada tahun ini, sebaliknya tidak diketahui lagi perkembangannya.

"Kita tak dengar apa-apa berita lagi mengenainya. Adakah ditangguh atau dibatalkan? Sedangkan cukai jualan sebanyak 10 peratus ke atas barangan bernilai rendah atau low value goods tax telah pun dilaksanakan sejak bulan Januari tahun ini.

"Ini seolahnya orang miskin yang membeli barangan murah dikenakan cukai, orang kaya yang memberi barangan mahal tak dikenakan cukai. Ini satu dasar yang songsang," katanya pada sesi perbahasan Belanjawan Madani 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Pelaksanaan HVGT sebelum ini dirancang untuk dikuat kuasa pada tahun ini seperti mana diumumkan dalam belanjawan 2024 tahun lalu, bagaimanapun ia dilaporkan ditangguhkan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Julai lalu berkata penangguhan itu memberi ruang bagi memperkemas dasar dan perundangan berkaitan supaya pelaksaannya nanti teratur, cekap, dan selaras dengan amalan terbaik antarabangsa.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS