Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Sdn Bhd Holdings (GISBH) Nasiruddin Mohd Ali, didakwa pagi ini di Mahkamah Sesyen Selayang atas tuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang.

Dia tidak membuat pengakuan, kerana kes sedemikian dikendalikan di Mahkamah Tinggi, hanya menjawab dengan "faham" terhadap pertuduhan yang dikemukakan oleh Hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun.

Isterinya turut didakwa melakukan kesalahan sama dan mengangguk selepas pertuduhan dibacakan.

Selain itu, 20 ahli GISBH yang lain - 12 lelaki dan 8 wanita - menghadapi pertuduhan yang sama.

Kompleks mahkamah Selayang dikawal ketat polis, dengan bilik mahkamah diterhadkan hanya untuk tertuduh, pegawai mahkamah dan petugas media.

[Laporan penuh menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS