Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Caruman KWSP pekerja asing akan galakkan syarikat ambil orang tempatan’
Diterbitkan:  Oct 22, 2024 4:54 PM
Dikemaskini: 8:54 AM

Seorang aktivis sosial memuji cadangan kerajaan untuk mewajibkan pekerja asing mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Charles Hector berkata pada masa ini ada syarikat yang lebih cenderung untuk mengambil pekerja asing kerana mereka tidak perlu membuat caruman untuk mereka.

“Apabila caruman KWSP diwajibkan untuk semua pekerja, ia akan meningkatkan kebarangkalian untuk majikan mengambil lebih ramai pekerja tempatan.

“Jika mereka nak ambil pekerja asing, mereka tetap perlu keluarkan wang untuk bawa masuk dan hantar mereka pulang, bayar permit, pemeriksaan kesihatan dan sebagai - namun dengan mewajibkan caruman KWSP, peluang untuk orang tempatan diambil sebagai bekerja meningkat,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, dia berkata caruman KWSP juga memberi manfaat kepada pekerja asing, dengan membolehkan mereka membawa pulang sejumlah simpanan ke kampung halaman sebaik sahaja tamat berkerja di Malaysia.

Katanya lagi, ia juga boleh dijadikan sebagai kaedah pemantauan tambahan bagi memastikan syarikat tidak menipu dalam soal bayaran gaji kepada pekerja asing.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng ketika sidang Dewan Rakyat hari ini mencadangkan agar majikan dibenarkan untuk menggunakan sumbangan untuk KWSP pekerja digunakan untuk membayar sebarang denda, penalti atau kerugian yang ditanggung oleh mereka sekiranya pekerja asing melakukan kesalahan atau perbuatan khianat. 

“Sekiranya offset ini tidak dibenarkan oleh peraturan-peraturan International Labour Organisation(ILO), kaedah Korea Selatan yang memakai sistem bayaran insurans untuk menggantikan bayaran KWSP dan juga menambah baiknya dengan menggunakan offset harus  dipertimbangkan,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS