Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Menteri luar ucap tahniah kepada presiden Prabowo

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan tahniah kepada Prabowo Subianto yang mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia yang baharu, pada Ahad.

Dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya, Mohamad turut mengucapkan tahniah kepada Naib Presiden Indonesia Gibran Rakabuming Raka.

“Saya doakan agar ikatan serumpun Malaysia-Indonesia semakin utuh atas pelantikan ini. InsyaAllah,” kata beliau.

Prabowo, 73, menjadi Presiden Indonesia ke-8 selepas memenangi Pilihan Raya Presiden 2024 pada 14 Februari dengan memperoleh 59 peratus undi.

Beliau, bersama Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka, 37, berjaya menewaskan pencabar mereka, Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo, yang masing-masing meraih kira-kira 25 peratus dan 16 peratus undi.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS