mk-logo
Berita
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa 10 negeri sampai 6 petang
Diterbitkan:  Oct 19, 2024 4:32 PM
Dikemaskini: 8:32 AM

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Labuan dan 10 lagi negeri sehingga 6 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menerusi amaran yang dikeluarkan pada 3.30 petang ini MetMalaysia memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka melanda seluruh Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Cuaca sama juga diramal berlaku di beberapa daerah di Kedah melibatkan Baling, Kulim dan Bandar Baharu) , Perak (Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Selangor (Hulu Selangor) serta Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga diramal melanda Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi), manakala Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan dan Asajaya serta Limbang (Lawas).

Di Sabah pula kawasan terlibat adalah bahagian Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau, Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) serta Kudat.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS