Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hamas sahkan Yahya Sinwar terbunuh dalam serangan Israel
Diterbitkan:  Oct 18, 2024 10:00 PM
Dikemaskini: 2:00 PM

Hamas mengesahkan Ketua Biro Politiknya, Yahya Sinwar terbunuh dalam serangan Israel pada Khamis.

 Perkara itu disahkan oleh anggota biro politik Hamas Khalil al-Hayya dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi akaun Telegram Brigade al-Qassam Hamas pada Jumaat.

"Yahya Sinwar telah menjadi pejuang yang syahid dalam keadaan bertempur berhadapan dengan tentera Israel sehingga ke nafas yang terakhir," katanya.

Pada Khamis media antarabangsa melaporkan Yahya Sinwar terbunuh di Semenanjung Gaza akibat serangan Israel.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS