Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PM umum bantuan khas RM500 buat penjawat awam
Diterbitkan:  Oct 18, 2024 6:51 PM
Dikemaskini: 10:57 AM

Penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak akan menerima bantuan khas kewangan sebanyak RM500.

Pesara pula akan menerima RM250.

Perkara itu diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat petang ini.

Sementara itu, Anwar juga berkata walaupun panggilan untuk doktor dalam perkhidmatan awam juga akan dinaikkan kepada RM65 sejam dari RM55 sejam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS