Paling Popular
Terkini

Kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun Anwar menegaskan bahawa tanggungan subsidi masih diteruskan untuk 85 peratus rakyat.

Katanya, penjimatan yang dicapai daripada langkah itu akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat terbanyak.

"Kenyataan yang tidak dapat dimungkiri adalah bahawasanya warga asing dan 15 peratus teratas pengguna maha kaya menikmati 40 peratus subsidi petrol RON95 bernilai RM8 bilion (subsidi kerajaan).

"Seyogia diperingatkan bahawa dana RM8 bilion ini lebih baik dimanfaatkan bagi peningkatan kemudahan pendidikan, kesihatan serta pengangkutan awam," katanya dalam pembentangan Belanjawan Madani 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar berkata, sehingga kini, harga RON95 Malaysia ialah RM2.05 5 sen ketimbang negara tetangga seperti Thailand (RM5.85), Indonesia (RM3.38), Singapura (RM9.02) dan Arab Saudi (RM2.66 sen).

Jelasnya, harga ayam rendah menyebabkan kerajaan menanggung jumlah subsidi RON95 tahun 2023 mencecah 20 bilion ringgit.

"Namun, kerajaan komited untuk mengekalkan subsidi untuk majoriti rakyat, seperti yang dilaksanakan dalam penyasaran subsidi elektrik, apabila 85 peratus rakyat tidak terkesan.

"Bagi mengelakkan kekeliruan, saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa tanggungan subsidi masih diteruskan untuk 85 peratus rakyat. Maknanya, kerajaan akan terus menanggung subsidi yang dianggar berjumlah RM12 bilion untuk keperluan 85 peratus rakyat.

"Kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025. penjimatan saya dicapai daripada ini akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat terbanyak," katanya yang juga menteri kewangan,” katanya.

[Laporan penuh menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS