Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kerajaan perkenal cukai dividen 2 peratus tahun depan
Diterbitkan:  Oct 18, 2024 4:35 PM
Dikemaskini: 8:35 AM

Belanjawan 2025 memperkenalkan cukai dividen ke atas pendapatan dividen terhadap pemegang saham individu bermula tahun taksiran 2025.

Menteri Kewangan Anwar Ibrahim dalam ucapan belanjawan berkata ikhtiar ini dilaksanakan supaya cukai pendapatan yang dikutip tidak hanya bergantung kepada sumbangan penerima gaji, tetapi turut merangkumi sumbangan pemilik syarikat serta individu dengan pemilikan harta saham jutaan ringgit.

"Kerajaan bercadang meluaskan asas cukai secara progresif dengan memperkenalkan cukai dividen pada kadar dua peratus ke atas pendapatan dividen melebihi RM100,000 yang diterima oleh pemegang saham individu bermula tahun taksiran 2025," katanya.

Tambahnya, kerajaan bagaimanapun akan memberi pertimbangan bagi mengecualikan pendapatan dividen daripada simpanan kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan , amanah saham bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan pendapatan dividen dari luar negara.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS