Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Isteri Daim gagal tangguh perintah bayar RM313 juta kepada LHDN

Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan isteri bekas menteri kewangan Daim Zainuddin untuk menangguhkan sementara perintah supaya dia membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM313 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Shahnaz Sulaiman, melalui penghakiman bertulis yang dikeluarkan hari ini, membuat keputusan itu selepas mendapati tiada keadaan luar biasa yang mewajarkan mahkamah membenarkan permohonan Na'imah Abdul Khalid.

Katanya, sistem percukaian Malaysia adalah mengikut oleh sistem "bayar dahulu, bincang kemudian", yang mana pembayar cukai mesti membuat pembayaran terlebih dahulu ke atas taksiran oleh LHDN sebelum memfailkan permohonan penilaian semula cukai dengan pihak berkuasa.

Hakim mahkamah sivil itu merujuk kepada Seksyen 103(1) Akta Cukai Pendapatan 1967, yang menyatakan cukai yang perlu dibayar untuk sesuatu tahun taksiran hendaklah genap masa dan perlu dibayar pada tarikh yang ditetapkan tanpa mengira sama ada pembayar cukai merayu terhadap taksiran tersebut atau tidak.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS