Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PAS akan bekerjasama dengan mana-mana parti demi kuasa - Ku Li
Diterbitkan:  Oct 18, 2024 12:33 PM
Dikemaskini: 4:45 AM

PAS akan bekerjasama dengan mana-mana parti asalkan memberi keuntungan kepada parti itu, kata veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Dalam temu bual dengan Utusan Malaysia baru-baru ini, Razaleigh berkata misi PAS yang bera­ngan-angan untuk menghidupkan semula gabungan politik Muafakat Nasional (MN) adalah jelas.

“PAS ini jika tiada per­kara mereka boleh dapat untung, mereka tidak akan bersama dengan Umno. PAS mahu kekal berkuasa dan jika mereka fikir tiada peluang untuk kekal dalam pemerintahan negara, sudah nampak parti ini awal-awal lari daripada Umno.

“Lihat apabila kita tubuhkan MN dengan harapan parti dapat jalin secara bersama seperti ge­rakan perjuangan Islam, tetapi awal-awal lagi PAS sudah ‘lari’ dan mahu bekerjasama dengan Bersatu kerana sudah kecapi kuasa.

“PAS mahu semua asalkan boleh kecapi apa yang mereka mahu. Dahulu PAS dengan DAP kata akan masuk syurga. Sekarang PAS kata pula DAP kafir harbi. Jadi, PAS boleh bertukar pada bila-bila masa,” kata Razaleigh.

Pada 2019, Umno dan PAS bergandingan bahu membentuk MN  bagi memperjuangkan isu-isu berkaitan Melayu dan Islam.

Susulan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Februari 2020, Umno, PAS dan Bersatu bersekongkol membentuk kerajaan baharu di bawah pimpinan perdana menteri ketika itu, Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, keretakan timbul antara Umno dan PAS selepas parti itu bersama  Bersatu untuk membentuk gabungan Perikatan Nasional (PN).

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS