Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MIC cadang kerajaan isytihar cuti tambahan sempena Deepavali
Diterbitkan:  Oct 18, 2024 10:41 AM
Dikemaskini: 2:41 AM

Naib Presiden MIC Datuk T Murugiah mencadangkan kerajaan mengisytiharkan 1 Nov ini sebagai cuti umum tambahan bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia menikmati tempoh sambutan Deepavali yang lebih panjang.

Beliau berkata cuti tambahan itu bukan sahaja bermanfaat kepada komuniti India dan memberikan kemudahan kepada mereka yang meraikannya tetapi juga memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk turut serta dan menghormati kepelbagaian budaya di negara ini.

“Deepavali merupakan perayaan yang penting bagi komuniti Hindu di Malaysia dan ia masa untuk keluarga, renungan diri serta perpaduan masyarakat.

“Dengan mengisytiharkan cuti tambahan pada 1 Nov, kerajaan akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia berkumpul dan meraikannya bersama dalam suasana aman serta harmoni,” katanya dalam kenyataan.

Deepavali yang juga dikenali sebagai festival cahaya disambut pada 31 Okt ini.

Murugiah turut merayu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan Persekutuan mempertimbangkan permintaan berkenaan demi kepentingan perpaduan nasional dan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya negara.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS