Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MP PN cadang rakyat Malaysia daftar semula MyKad tangani dokumen palsu
Diterbitkan:  Oct 17, 2024 4:40 PM
Dikemaskini: 8:40 AM

Ku Abdul Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) mencadangkan semua rakyat Malaysia menjalani pendaftaran semula MyKad bagi membanteras isu dokumen palsu.

Semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini, ahli parlimen Perikatan Nasional itu mencadangkan setiap rakyat Malaysia menerima kad pengenalan digital baru selepas pendaftaran semula.

“Aplikasi biometerik mampu mengesan dan seterusnya maklumat dihantar terus kepada JPN (Jabatan Pendaftaran Negara).

"Kita boleh belajar dari Jerman untuk melaksanakan program ini,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Ku Rahman (gambar atas) menyentuh mengenai isu MyKad palsu di negara ini, menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan tindakan yang diambil untuk menyelesaikan isu itu.

“Pada 19 Julai lalu, The Star melaporkan kes seorang lelaki warga Indonesia yang dijatuhi hukuman penjara 20 tahun kerana memiliki MyKad palsu.

“Dalam tempoh lima tahun lepas sejak 2019, terdapat 477 kes kad pengenalan palsu yang didakwa dikeluarkan oleh ejen di Lembah Klang.

“Saya mengesyaki bahawa nombor ini hanyalah tip of the iceberg. Jadi, apa yang kerajaan dan KDN lakukan mengenainya?” soalnya.

Dewan Rakyat kini sedang membahaskan sebahagian daripada Rang Undang-undang Pindaan Kewarganegaraan, yang dijangka akan diundi hari ini.

Satu pindaan khusus mengenai kanak-kanak yang dilahirkan di Malaysia oleh bukan pemastautin tetap Malaysia - yang membolehkan mereka memohon kewarganegaraan dan bukannya memberikannya secara automatik - telah mendapat kritikan, termasuk daripada ahli Muda Sabah dan bekas orang tanpa kerakyatan Wong Kueng Hui.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS