Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tengku Muda Pahang letak jawatan sebagai pengarah Bestinet
Diterbitkan:  Oct 17, 2024 3:44 PM
Dikemaskini: 7:44 AM

Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, yang juga adalah Tengku Muda Pahang, telah meletakkan jawatan sebagai pengarah Bestinet Sdn Bhd. Dia melepaskan jawatan itu 16 bulan selepas dilantik Jun tahun lalu.

Semakan ke atas pangkalan data Suruhanjaya Syarikat (CCM) mendedahkan bahawa dia tidak lagi disenaraikan sebagai pengarah syarikat, tetapi masih mengekalkan pegangan 6.5 peratus saham dalam syarikat yang mengendalikan Sistem Pengurusan Pusat Pekerja Asing (FWCMS) yang kontroversi.

Menurut surat bertarikh 3 Okt daripada peguam Tengku Abdul Rahman kepada Bestinet, yang dilihat oleh Malaysiakini, dia meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta.

Surat peletakan jawatan itu tidak menyatakan sebarang sebab di sebalik keputusan Tengku Abdul Rahman itu.

Ketika dihubungi, peguam Tengku Abdul Rahman, K Santhara enggan mengulas mengenai punca perletakkan jawatan secara mengejut itu atas alasan tidak diberi kuasa oleh anak guamnya untuk bercakap dengan media mengenai perkara tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Bestinet Ismail Mohd Noor dan Abdullah Sher Kawi Jaafar, seorang penceramah motivasi dan kaunselor selebriti yang sering muncul dalam rancangan realiti Akademi Fantasia, kekal sebagai pengarah syarikat.

smail Mohd Noor

Malaysiakini telah menghubungi Bestinet untuk mendapatkan ulasannya.

Tengku Abdul Rahman telah mengambil alih jawatan pengerusi daripada pengasas syarikat itu, Aminul Islam Abdul Nor, Jun lalu.

Masih tidak jelas sama ada peletakan jawatannya juga membabitkan peranannya sebagai pengerusi syarikat tersebut, dan Ismail belum menjawab soalan Malaysiakini.

Rekod CCM menunjukkan bahawa Abdullah Sher Kawi memegang pegangan kawalan sebanyak 93.45 peratus dalam Bestinet, manakala Aminul mengekalkan pegangan minimum kurang daripada satu peratus dengan 50 saham.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS