Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Warga emas tunggang basikal elektrik maut kemalangan

Seorang warga emas berusia 85 tahun yang menunggang sebuah basikal elektrik, meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta di Kilometer 5 Jalan Bahau-Kemayan, di Jempol semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata kejadian kira-kira 5.50 petang itu dipercayai berlaku ketika seorang wanita berusia 55 tahun dikatakan sedang dalam perjalanan dari Bahau menghala ke Ladang Gaddes untuk pulang ke rumahnya.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, tiba-tiba datang sebuah basikal elektrik ditunggang seorang lelaki warga emas dari arah kiri di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau 2, hendak melintas ke kanan jalan untuk ke Taman Sri Mahsan.

“Susulan itu dipercayai berlaku pelanggaran di bahagian sisi kanan basikal elektrik tersebut di laluan utama kereta,” katanya dalam satu kenyataan di Jempol hari ini.

Hoo berkata akibat kemalangan tersebut, penunggang basikal elektrik telah meninggal dunia di tempat kejadian, kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan muka.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau berbahaya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS