Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
4 warga Malaysia ditahan di Sri Lanka kes penipuan dalam talian


Pihak berkuasa Sri Lanka telah menahan 10 warga asing kerana disyaki terlibat dalam penipuan kewangan berasaskan internet, susulan serbuan di sebuah hotel di bandar pantai Chilaw pada Selasa.

Menurut polis, tangkapan dibuat selepas pegawai dari Unit Siasatan Jenayah Bahagian Puttalam bertindak atas maklumat berhubung aktiviti mencurigakan di sebuah hotel di Iranavila Road.

Kumpulan yang ditahan termasuk empat lelaki warga Malaysia, tiga lelaki warga Ethiopia dan seorang wanita, seorang wanita warga Kenya serta seorang lelaki warga China, menurut kenyataan polis yang dimuat naik di laman Facebook rasmi mereka pada Rabu.

Polis menyatakan bahawa dalam serbuan itu, pihak berkuasa merampas sejumlah besar peralatan elektronik yang dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah berkenaan, termasuk 20 komputer, tiga penghala, dan 282 telefon bimbit.

Unit Siasatan Jenayah Bahagian Puttalam sedang menjalankan siasatan lanjut.

-Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS