Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Adik Zahid masuk PAS tak jadi kudis buat Umno - Puad
Diterbitkan:  Oct 16, 2024 4:52 PM
Dikemaskini: 10:35 AM

Tindakan adik Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi iaitu, Abdul Hakim menyertai PAS tidak menjadi 'kudis' kepada parti Melayu itu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi, berkata Hakim bukanlah individu heavyweight dalam Umno yang boleh memberi kelebihan kepada PAS.

"Umno tidak hairan Hakim masuk PAS. Umno jalan terus. Mad Tyson (Muhammad Muhd Taib) kembali kepada Umno. Kita tunggu Annuar Musa. Apa PAS dapat darinya. Kalah lagi teruk di Nenggiri.

"Tidak ada apa dalam PAS baik manis iman, survival politik atau perjuangan Islam. Umno tidak hairan siapa keluar parti. Di bawah Zahid, Umno punyai bargaining power sendiri," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Semalam, Abdul Hakim secara rasmi menyertai PAS selepas menyerahkan borang keahlian kepada presiden parti itu, Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur.

Penyertaan Abdul Hakim ke dalam parti Islam itu diumumkan oleh Yang Dipertua PAS Bagan Datuk, Mohd Misbahul Munir Masduki.

"Hari ini dalam sejarah. Adik presiden Umno, Zahid Hamidi telah menyertai PAS secara rasmi. Alhamdulillah," kata Mohd Misbahul dalam satu rakaman video yang dimuat naik di Facebook PAS Parit Buntar.

Turut kelihatan dalam video itu ialah Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Sulaiman.

Sementara itu, Mohd Puad secara sinis berkata individu yang layak menerima penghargaan kerana menyertai PAS adalah Muhammad Muhd Taib dan Annuar Musa.

Ini kerana kedua-dua tokoh ini merupakan bekas pemimpin kanan Umno, bagaimanapun Muhammad yang juga bekas menteri besar Selangor kembali ke pangkuan Umno.

"PAS kata 'hari ini dalam sejarah' bila Hakim adik Presiden Umno sertai PAS. Sepatutnya yang lebih layak terima pengiktirafan itu ialah Muhammad atau Annuar.

"Mereka berdua bekas naib presiden dan setiausaha agung Umno. Hakim bukan heavyweight. Mungkin pandai berniaga. PAS jangan lebih sudu dari kuah," katanya lagi.

Annuar Musa

Tambah Mohd Puad, parti lain dengan seperti Amanah tenang apabila anak bekas mursyidul Am PAS, Nik Omar Nik Aziz bertanding atas tiket parti itu di DUN Cempaka pada 2018

Mengingatkan PAS, Mohd Puad berkata, bekas presiden PAS Asri Muda menjadi ahli Umno dari tahun 1989 hingga dia meninggal dunia 1992.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS