Paling Popular
Terkini

Mesyuarat Asean yang akan dihoskan oleh Malaysia tahun depan akan diadakan di semua negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Bercakap di Dewan Rakyat pagi ini, dia menyatakan bahawa tiada negeri akan ketinggalan untuk meraih faedah ekonomi daripada status Malaysia sebagai pengerusi persatuan rantau itu.

Bagi negeri yang tidak mempunyai kapasiti untuk menganjurkan acara besar seperti Kelantan dan Perlis, Anwar berkata, kerajaan akan cuba mengatur agar mereka menjadi tuan rumah beberapa mesyuarat peringkat kerja atau mengatur perwakilan Asean untuk melawat negeri berkenaan.

“Kita putuskan bahawa semua acara menteri, menteri luar, ekonomi, dan puluhan mesyuarat, malah keseluruhan yang diadakan dengan ratusan pegawai (delegasi negara asing) akan diatur di semua negeri Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Malah saya juga telah memutuskan, kerana beberapa negeri umpamanya Perlis atau Kelantan tak mencukupi untuk jadi penganjur, kita akan cuba mengatur supaya ada perbincangan peringkat pegawai Asean atau sekurang-kurangnya kunjungan ke negeri-negeri tersebut supaya tak ada negeri yang tertinggal dalam bidang itu," katanya.

[Laporan penuh menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS