Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Hujan lebat, lembah Klang dilanda banjir kilat
Diterbitkan:  Oct 15, 2024 11:41 AM
Dikemaskini: 6:10 AM

Hujan lebat sejak awal pagi tadi menyaksikan beberapa kawasan di sekitar lembah Klang, termasuk ibu negara serta Selangor mengalami banjir kilat.

Beberapa kejadian tanah runtuh juga dilaporkan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, memaklumkan beberapa kawasan di negeri itu terjejas susulan kejadian banjir kilat hari ini.

Di Ukay Perdana, Hulu Klang, JBPM Selangor melaporkan banjir di kawasan itu disebabkan limpahan air sungai berhampiran dan masuk ke kawasan perumahan menyebabkan 10 buah buah kenderaan terkandas.

Banjir kilat itu tidak melibatkan mangsa dan paras air dianggarkan satu kaki.

Di kawasan Ukay Bistari, Hulu Klang pula pihak agensi keselamatan itu melaporkan banjir disebabkan takungan air hujan di kawasan parkir dan tidak melibatkan mangsa.

Sementara itu seorang pengguna X memuat naik kejadian tanah runtuh berlaku di Taman Melawati dikhuatir menjejaskan kawasan perubahan di kawasan itu.

Selain itu Lembaga Lebuhraya Malaysia turut melaporkan perkembangan banjir kilat yang melanda Lebuhraya Damansara-Puchong pada jam 9.44 pagi tadi, bagaimanapun keadaannya pulih tidak lama kemudian.

Terdahulu
Malaysiakini juga melaporkan persidangan Dewan Rakyat hari ini bermula lewat kerana ramai ahli parlimen tersangkut akibat banjir kilat di Kuala Lumpur.

Mesyuarat itu sepatutnya bermula pada pukul 10 pagi dengan Sesi Pertanyaan Perdana Menteri.

Speaker Johari Abdul, kemudian memaklumkan kepada dewan bahawa dia menangguhkan sidang ke 10.30 pagi.limpahan air sungai yang berdekatan telah masuk ke kawasan perumahan.

Kejadian dilaporkan turut melibatkan 10 kereta yang terkandas dalam banjir.

“Paras air dianggarkan satu kaki dan tidak melibatkan mangsa,” kata laporan awal jabatan itu.

Sementara itu, seorang pengguna di Facebook yang dikenali sebagai Aji Yusop melaporkan sebuah tabika kemas di Kampung Klang Gate, Gombak dinaiki air.

Dia juga memaparkan video murid-murid yang terpaksa memanjat meja untuk mengelakkan diri mereka daripada ditenggelami.

"Ya Allah tolong sesiapa yang berhampiran Sekolah Tabika Kemas Kampung Klang Gate, Gombak. Cikgu & anak-anak terperangkap.

“Mohon bantuan segera. Semoga anak-anak dan cikgu-cikgu selamat semuanya dan dipermudahkan segala urusan," tulisnya.

Sementara itu, JBPM Selangor dalam satu kenytaan kemudiannya memaklumkan bahawa semua 21 pelajar tabika berkenaan berjaya diselamatkan.

“Operasi lapor banjir anggaran paras pinggang memasuki empat buah rumah dan satu tabika kemas.

“Pihak bomba mengarahkan penghuni rumah untuk pindah ke balai penghulu dan mengeluarkan 21 pelajar tabika kemas ke tempat yang selamat. Tren air menurun,” katanya.

Sementara itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) Integrated Transport Information System (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan hantaran di media sosial oleh orang awam, menunjukkan beberapa jalan sekitar Kuala Lumpur dinaiki air.

Ini menyaksikan aliran trafik terganggu teruk, pagi tadi. Antaranya, membabitkan di Jalan Parlimen menghala ke Bukit Aman, Jalan Perak dan Lebuhraya Sultan Iskandar.

Bernama pula melaporkan bahawa tinjauannya mendapati laluan masuk ke Wisma Bernama dari arah Jalan Tun Razak turut dinaiki air dan kedengaran sistem penggera keselamatan di Sungai Bunus menandakan paras bahaya.

Sementara itu laman X Smart Expressway memaklumkan bahawa terowong smart ditutup sepenuhnya untuk laluan pengguna dan operasi banjir sedang dijalankan.

“Pengguna Terowong Smart dinasihatkan memandu dengan berhati-hati. Sila rancang perjalanan anda dan patuhi arahan lalu lintas,” menurut hantaran itu.

Berikut gambar-gambar yang dirakamkan di sekitar ibu negara oleh pelbagai pihak:

Kg Baru, Kuala Lumpur


SK Lembah Keramat

Kuala Lumpur


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS