Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sidang parlimen mula lewat, ramai MP sangkut banjir
Diterbitkan:  Oct 15, 2024 10:37 AM
Dikemaskini: 5:06 AM
1

Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini bermula lewat kerana ramai ahli parlimen tersangkut akibat banjir kilat di Kuala Lumpur.

Mesyuarat itu sepatutnya bermula pada pukul 10 pagi dengan Sesi Pertanyaan Perdana Menteri.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen yang bertanya soalan pertama Amirudin Shari (Pakatan Harapan-Gombak) kelihatan berada di dalam dewan.

Speaker Johari Abdul, kemudian memaklumkan kepada dewan bahawa dia menangguhkan sidang ke 10.30 pagi.

"Di luar hujan lebat, dan ada banjir. Dan ramai ahli parlimen terperangkap dalam banjir," katanya.

Banjir kilat itu berlaku berikutan hujan lebat yang melanda beberapa bahagian Lembah Klang awal pagi tadi.

Ia menyebabkan lalu lintas yang sedia sesak di jalan-jalan utama menuju ke Kuala Lumpur menjadi lebih sesak.

Menurut video pendek yang dikongsikan dalam kumpulan Whatsapp rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur untuk media, antara jalan yang teruk dilanda banjir kilat ialah laluan antara pintu masuk hadapan Parlimen dan ibu pejabat polis persekutuan Bukit Aman di Jalan Parlimen.

Di Jalan Tuanku Halim, beberapa kenderaan yang memaparkan logo Ahli Parlimen diiringi polis dilihat cuba meredah kesesakan lalu lintas hanya beberapa minit sebelum Dewan Rakyat dijadualkan bermula.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
1
ADS