Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
KATA ADUN | Geledah ‘safehouse’: Syabas SPRM

Amanah Selangor mengucapkan syabas dan tahniah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengeledah safehouse yang dikaitkan dengan ahli politik ternama.

Melalui petikan akhbar, SPRM mengeledah safehouse itu selepas menahan bekas ketua pegawai operasi Menteri Besar Incorporation (MBI) beberapa hari lalu. 

Dalam penggeledahan itu, ditemui sejumlah wang tunai termasuk wang asing. 


Baca: Skandal pasir: 2 lagi lokasi diserbu, ahli politik akan dipanggil


Amanah Selangor mengharapkan usaha ini tidak akan dihentikan dan memastikan pesalah yang terlibat dalam isu ini dapat dibawa ke muka pengadilan meskipun yang terlibat merupakan orang kenamaan.

Sebagai negeri yang maju dan mengamalkan tata kelola yang baik bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan Perpaduan, sudah pasti pihak PH dan Amanah tidak boleh menerima sebarang salah laku dan penyelewengan dalam kerajaan negeri.

Justeru itu, Amanah Selangor menggesa SPRM meneruskan siasatan dan memastikan kerajaan negeri Selangor terus berada dalam keadaan yang baik dan terus mengamalkan tadbir urus yang baik.


ABBAS AZMI ialah anggota Dewan Undangan Negeri Seri Serdang, merangkap pengarah komunikasi selangor.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS