Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Wanita PH gesa Akta Pilihan Raya tetapkan kuota 30% kerusi wanita
Diterbitkan:  Oct 14, 2024 10:18 AM
Dikemaskini: 2:18 AM

Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH) Aiman ​​Athirah Sabu menggesa undang-undang diubah supaya 30 peratus kerusi parlimen diisi oleh wanita.

Sambil berkata parti politik mengambil masa terlalu lama untuk menetapkan kuota minimum untuk calon wanita, Aiman ​​turut mencadangkan agar melaksanakan skim insentif khas bagi memberi ganjaran kepada parti politik yang mencapai kuota 30% calon pilihan raya wanita.

Menurut laporan portal berita Freemalaysiatoday, Aiman ​​mencadangkan agar cadangan skim insentif ini dibincangkan di peringkat kabinet.

Dalam Parlimen Malaysia ke-15, terdapat 28 wakil wanita, iaitu 13.5%. Lima daripada 31 menteri dalam Kabinet sekarang adalah wanita iaitu Azalina Othman Said, Nancy Shukri, Hannah Yeoh, Fadhlina Sidek dan Dr Zaliha Mustafa.

"Saya faham ia memerlukan proses. Bagaimanapun, ini mesti dimulakan segera, kerana sudah terlalu lama," kata Aiman, yang merupakan Ahli Parlimen Sepang dan timbalan menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Aiman ​​mencadangkan Akta Pilihan Raya dipinda untuk memasukkan peruntukan yang memerlukan sekurang-kurangnya 30% calon wanita dan parti yang gagal berbuat demikian akan hilang kelayakan bertanding.

Dia juga mencadangkan agar kerajaan menyediakan geran dan insentif untuk mengukuhkan sayap wanita parti politik, dan melahirkan keyakinan bahawa cadangan itu akan berjaya di bawah kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS