Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pasukan pengaman PBB di Lubnan perlu dihormati - Paus Francis

Paus Francis mengeluarkan rayuan mendesak agar misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Selatan Lubnan (UNIFIL) dihormati, selepas beberapa askar PBB cedera akibat tembakan atau letupan semasa serangan Israel ke atas Lubnan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Paus berkata dalam doa Angelus di Rom bahawa beliau mengikuti situasi di Timur Tengah dengan penuh kebimbangan.

"Saya menyeru sekali lagi gencatan senjata segera di semua medan perang. Marilah kita mengambil jalan diplomasi dan dialog untuk mencapai keamanan."

Kenyataan paus itu dibuat ketika Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyeru pasukan pengaman di Lubnan untuk berundur daripada kedudukan mereka di zon konflik.

Serangan ke atas tentera PBB dan ibu pejabat mereka di selatan Lubnan beberapa hari lepas mencetuskan kemarahan di seluruh dunia, termasuk dalam kalangan sekutu rapat Israel.

- Bernama-dpa


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS