Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Itali, Perancis, Sepanyol kutuk serangan Israel ke atas pasukan pengaman PBB

Pemimpin Itali, Perancis dan Sepanyol telah bersama-sama mengutuk serangan Israel ke atas UNIFIL, Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pemimpin itu dalam kenyataan memaklumkan bahawa insiden minggu ini yang menyebabkan empat anggota pengaman cedera, bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan.

Ia menyifatkan serangan itu sebagai "tidak boleh diterima" dan mendesak agar serangan berkenaan "segera berakhir."

“Kami mengingatkan bahawa semua anggota pasukan pengaman mesti dilindungi dan mengulangi penghargaan kami terhadap komitmen berterusan dan tidak ternilai daripada anggota UNIFIL dalam konteks yang sangat mencabar ini.”

- Bernama-dpa


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS