Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pemandu maut lori tangki terbalik di Lebuhraya KL-Karak

Seorang pemandu lori tangki maut selepas kenderaan membawa muatan minyak sawit dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di Kilometer 27.9 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala ke ibu negara, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata lelaki warga tempatan berusia 45 tahun itu dalam perjalanan ke Klang, Selangor dari Lipis, Pahang. 

"Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pembantu pegawai perubatan Hospital Selayang. 

"Kejadian dipercayai berpunca daripada keadaan permukaan jalan yang licin dan basah," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Noor Ariffin berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian pada 5.45 petang semalam dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Selayang.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohd Rohaizad Hashim di 012-2924420 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di 03-61262222.

-Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS