Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
DOF nafi ketua pengarah dakwa kedai mamak beli ayam sakit
Diterbitkan:  Oct 11, 2024 4:57 PM
Dikemaskini: 8:57 AM

Jabatan Perikanan (DOF) menafikannya Ketua Pengarahnya, Adnan Hussain ada mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kedai mamak dan dakwaan mereka membeli ayam sakit dengan harga murah atau mengutip ayam mati secara percuma.

DOF dalam satu kenyataan mengingatkan orang ramai agar tidak mempercayai maklumat yang tidak disahkan yang beredar melalui rantaian WhatsApp atau platform media sosial lain.

"Isu berkaitan keselamatan makanan adalah penting dan harus dirujuk kepada sumber yang sahih dan berautoriti.

"Kami juga ingin menegaskan bahawa semua pihak terlibat dalam industri makanan perlu mematuhi garis panduan dan peraturan keselamatan makanan yang ditetapkan oleh pihakberkuasa," katanya.

Justeru DOF berkata sebarang dakwaan yang serius mengenai keselamatan makanan harus disiasat dan ditangani dengan sewajarnya.

"Kami menggesa orang ramai agar tidak menyebarkan berita yang tidak benar dan sentiasa berwaspada terhadap maklumat yang tidak disahkan," ujarnya.

Terdahulu, tular video selama seminit memaparkan seorang pelanggan sebuah restoran tidak berpuas hati kerana terdapat ulat dalam ayam goreng dimakannya dan membuat aduan kepada pekerja restoran berkenaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS