Paling Popular
Terkini
story images
story images

Perhimpunan sempena memperingati setahun kekejaman Israel terhadap Palestin di pekarangan Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) di Kuala Lumpur menyaksikan ratusan hadir sebaik selesai menunaikan solat Jumaat.

Presiden Amanah Mohamad Sabu antara pemimpin utama yang menyatakan sokongan pada perhimpunan tersebut, serta menyampaikan ucapan.

Turut berucap Ketua Penerangan Pemuda PAS, Khairul Nadzir Helmi, serta bekas Naib Presiden PKR Tian Chua.

Peserta himpunan berkumpul secara aman sebelum bergerak ke kedutaan AS.

Pergerakan ratusan peserta demonstrasi anti-Israel itu bagaimanapun terbantut apabila dihalang berbuat demikian oleh pasukan keselamatan.

Mereka diberhentikan polis kira-kira 200 meter dari bangunan keduataan terbabit.

Penganjur dan peserta himpunan memperingati setahun Taufan al-Aqsa itu akur kepada arahan supaya tidak melepasi halangan dibuat pihak polis itu.

Mereka kemudiannya meneruskan ucapan-ucapan solidariti terhadap perjuangan Palestin.

[Laporan lanjut menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS