Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor akan memastikan setiap polisi yang dilaksanakan Umno tidak meninggirkan masyarakat Orang Asli di negara ini.
Dia yang menjadi Orang Asli pertama dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno berkata, tumpuan akan diberikan khususunya membabitkan pembangunan kumpulan pribumi itu.
"Saya fokus ialah setiap polisi yang dilaksanakan segmen Orang Asli itu terutama sekali pembangunan diadakan tujuan untuk menaikkan masyarakat Orang Asli disosio ekonomi.
"Saya akan fokus terutama sekali tumpuan kepada masyarakat Orang Asli.
"Saya rasa (pelantikan) ini adalah penghargaan yang diberikan oleh Umno, terutama sekali jasa-jasa dan sokongan masyarakat Orang Asli kepada Umno sejak kemerdekaan dulu lagi," katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur petang semalam.
Jelas Ramli, sejak dari parti Perikatan membawa kepada BN sehingga kini, masyarakat Orang Asli sentiasa bersama Umno.
Isnin lalu, Ramli mengangkat sumpah sebagai Ahli MKT Umno pada mesyuarat MKT yang berlangsung sebelah malam itu.
Pelantikan Ramli dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu hantaran di Facebooknya.
Ramli juga timbalan speaker Dewan Rakyat yang pertama daripada masyarakat Orang Asli dan berkhidmat sejak 2002.