Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mas Ermieyati soal Fadhlina: Pelajar atau kadet laut China?
Diterbitkan:  Oct 11, 2024 11:25 AM
Dikemaskini: 3:25 AM

Seorang pemimpin kanan Bersatu mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang baru-baru ini.

Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermiyati Samsudin mendakwa penjelasan menteri terbabit bahawa mereka yang hadir adalah pelajar bagi program pertukaran buadaya adalah tidak benar.

Katanya, Fadhlina mendakwa lawatan berkenaan hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kelompok atau kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sek Men Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia – China.

"Kenyataan itu tidak benar kerana 165 orang kadet People’s Liberation Army Navy (PLAN) dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) tersebut adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh PLAN, bukanlahnya pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh Fadhlina.

"(Mereka itu) seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM," katanya dalam satu kenyataan.

Semalam media tempatan melaporkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberitahu kehadiran tentera dari China di sebuah sekolah persendirian di Pulau Pinang, pada 5 Okt lalu adalah tidak benar.

Sebaliknya, Fadhlina berkata, mereka terdiri daripada sekumpulan penuntut termasuk pensyarah dari Naval University of China yang terlibat dalam program sempena 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

Mas Ermiyati yang juga merupakan calon Ketua Srikandi Bersatu turut memertikaikan kehadiran kadet berkenaan yang dikaitkan dengan ulang tahun 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

"Sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia – China disambut pada 31 Mei 2024 manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

"Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi komunis China sekali gus meraikan penubuhan RRC?" katanya lagi.

Mas Ermiyati turut membidas sambutan yang dianggapnya luar biasa diberikan kerajaan Pulau Pinang.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS