Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Malaysia minta Kanada beri kemudahan pengecualian visa

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia telah meminta agar Kanada dapat memberikan kemudahan pengecualian visa secara timbal balik.

Permintaan itu disampaikan kepada rakan sejawatannya dari Kanada Justin Trudeau semasa mesyuarat dua hala di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan, di Vientiane, Laos hari ini.

Dalam isu lain, Perdana Menteri berkata Malaysia mengalu-alukan penubuhan Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber (CCoE) BlackBerry di Cyberjaya, yang akan mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua negara dalam aspek keselamatan siber.

CCoE Malaysia yang ditubuhkan pada 26 Mac lepas berpotensi menjadi destinasi antarabangsa bagi menangani ancaman siber yang muncul.

Anwar turut berkata Malaysia berharap memorandum persefahaman (MoU) mengenai Kerjasama Pertahanan antara kedua-dua negara dapat dirumuskan seawal mungkin.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan yang bermula secara rasmi semalam akan berlangsung sehingga esok.

Laos sebagai Pengerusi ASEAN 2024 akan menyerahkan jawatan kepada Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN bagi 2025.

Malaysia secara rasmi akan menjadi Pengerusi ASEAN bermula 1 Jan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS