Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Teresa potensi jadi 'rimau' bukan PAS atau Akmal - Takiyuddin
Diterbitkan:  Oct 10, 2024 9:22 AM
Dikemaskini: 1:22 AM

Naib Presiden DAP Teresa Kok paling berpotensi untuk berubah menjadi 'harimau' bukan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Salleh dan PAS, menurut Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan.

Dia memberi maklum balas terhadap kenyataan ahli akademik Tajuddin Mohd Rasdi yang mengumpamakan "ancaman' Akmal Salleh seperti anak kucing dan PAS sebagai harimau.

"Jika mengikut logik 'kitten-tiger' beliau, tentulah Teresa lebih berpotensi menjadi 'tiger' yang berbahaya kepada negara, bukan Dr Akmal, dan tentu juga bukan PAS yang dari awal telah memperingatkan tentang kesan buruk yang mungkin timbul daripada kegagalan mengawal emosi dalam isu (cadangan mewajibkan pensijilan halal)," katanya pada satu kenyataan semalam.

Takiyuddin juga mendakwa dengan menumpukan pada kenyataan Akmal terhadap Kok, Tajuddin (gambar bawah) kelihatan "menenggelamkan" kenyataan Kok tentang pensijilan halal yang telah mencetuskan reaksi balas.

Takiyuddin menyifatkan analisis Tajuddin sebagai dangkal dan menasihati profesor seni bina itu untuk kekal dalam bidang kepakarannya.


BACA BERKAITAN:

Akademik: Akmal ibarat 'anak kucing' berbanding PAS yang lebih berbahaya


"Namun begitu, saya turut merakamkan rasa simpati kepada Dr Tajuddin kerana hakikat bahawa secebis kedangkalan tetap akan mencalarkan kewibawaan seseorang yang dianggap dan dihormati sebagai seorang intelektual.

"Jelas bahawa naratif separuh masak, tidak objektif dan sarat emosi seperti ini pastinya tidak akan menyumbang kepada masa depan negara yang lebih baik seperti yang diharapkannya dan dijadikan premis kepada pandangan serong beliau terhadap PAS, khasnya Presiden PAS (Abdul Hadi Awang).

Takiyuddin menuduh Tajuddin dalam tulisannya itu cuba menyembunyikan kesan perbalahan antara Akmal dan Kok dengan mengaitkan PAS.

"Langkah beliau untuk mengalihkan fokus daripada masalah sebenar yang dihadapi oleh gabungan kerajaan dengan menjadikan pihak lain yang tidak berkait sebagai 'kambing hitam' jelas menjerut dan memakan diri apabila konflik individu itu berkembang menjadi konflik antara Umno dengan DAP, terutamanya selepas berakhirnya PRK DUN Mahkota sehingga melibatkan bukan sahaja pemimpin Umno dan DAP yang lain, tetapi juga pemimpin parti-parti PH.

"Sewaktu para penganalisis lain menyuarakan kebimbangan mengenai perkembangan tersebut dan ancamannya terhadap kestabilan kerajaan, Dr Tajuddin nampaknya lebih berminat untuk meneruskan falasi 'green wave' (gelombang hijau)," katanya lagi.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS