Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lepas 15 tahun, identiti ‘pencipta’ Bitcoin akhirnya didedahkan
Diterbitkan:  Oct 9, 2024 1:39 PM
Dikemaskini: 5:56 AM

Selepas 15 tahun, identiti pencipta Bitcoin, yang selama ini berselindung di sebalik watak misteri Satoshi Nakamoto, akhirnya terdedah.

Dokumentari terbaru oleh HBO mendakwa dia adalah seorang pembangun perisian daripada Kanada bernama Peter Todd.

Kesimpulan dalam dokumentari 100 minit bertajuk The Bitcoin Mystery itu dibuat berdasarkan wawancara dengan pihak-pihak terawal dalam pembangunan mata wang digital itu, termasuk Adam Back.

Back sebelum ini turut dispekulasi sebagai Satoshi.

Todd menafikan, menyifatkan dakwaan itu sebagai mengarut dan hanya ketawa ketika menjawab soalan.

Satoshi selama ini dipercayai sama ada seorang individu atau kumpulan yang membangunkan Bitcoin pada 2000, yang kini mencapai populariti di seluruh dunia dan menjadi aset digital paling bernilai.

Nilai setiap Bitcoin pada hari ini ialah lebih RM260,000 dengan nilai pasaran lebih AS$1.2 trilion.

Satoshi memiliki Bitcoin paling banyak sekitar satu juta, dengan nilai ASS$62.40 billion (RM267.23 billion). 

Sebarang pergerakannya boleh mempengaruhi nilai mata wang itu dengan amat ketara. Ia bagaimanapun tidak bergerak selama bertahun-tahun.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS