mk-logo
Berita
Parti politik, NGO anjur himpunan pro-Palestin Jumaat, Sabtu ini
Diterbitkan:  Oct 9, 2024 1:31 PM
Dikemaskini: 5:31 AM

Parti-parti politik daripada pelbagai pihak dan gabungan NGO sedang merancang perhimpunan di Kuala Lumpur pada Jumaat dan Sabtu ini untuk mengecam serangan berterusan Israel terhadap Palestin.

Perhimpunan ini bersempena ulang tahun setahun pencerobohan Israel di Gaza yang masih berlangsung.

Menurut mesej jemputan masing-masing, Amanah dan dua gabungan NGO, iaitu Sekretariat Palestin Malaysia (SPM) dan Sekretariat Solidariti Palestin (SSP), akan menganjurkan protes mereka selepas solat Jumaat di masjid ibu pejabat Tabung Haji, Kuala Lumpur.

Tidak jelas sama ada parti komponen PH dan NGO tersebut bekerjasama untuk menggerakkan penyokong mereka atau mengadakan perhimpunan berasingan di lokasi yang sama.

SPM dan SSP juga merancang berarak ke bangunan Kedutaan AS di Kuala Lumpur, yang terletak kurang dari satu kilometer dari masjid.

Muslimah PAS pula menganjurkan perhimpunan protes serupa di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Dinamakan 'Himpunan 1 Tahun Taufan Al-Aqsa', himpunan itu dijadualkan bermula pada pukul 2.30 petang di pusat ibu kota.

Sayap wanita PAS itu menyeru peserta perhimpunan supaya memakai warna bendera Palestin dan membawa bendera Palestin serta mafla untuk menunjukkan sokongan mereka.

Namun, jawatankuasa penganjur perhimpunan tidak menyatakan lokasi tepat di Kuala Lumpur di mana mereka akan mengadakan protes tersebut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS