Paling Popular
Terkini

Anak perempuan Perdana Menteri pertama Singapura Lee Kuan Yew, Dr Lee Wei Ling meninggal dunia Rabu pada usia 69 tahun.

Dr Lee juga merupakan adik kepada Menteri Kanan Lee Hsien Loong.

Pemergiannya diumumkan oleh adik lelakinya, Lee Hsien Yang menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata Dr Lee meninggal dunia di rumah, namun punca kematiannya tidak dinyatakan.

"Tiada bunga, sila salurkan sumbangan kepada badan amal berikut yang akan bermakna buat Wei Ling: Canossa Mission Singapore, Parkinson Society Singapore, Total Well-Being SG Limited," tulisnya.

Dr Lee pada 2020 mendedahkan bahawa beliau telah disahkan menghidap penyakit "progressive supranuclear palsy".

Seorang pakar neurologi semasa hayatnya, Dr Lee menyifatkan penyakitnya di Facebook sebagai "penyakit otak yang agak teruk bermula dengan penyakit seperti Parkinson" dan diikuti dengan "kesukaran menelan, radang paru-paru dan kematian - bagi mereka yang bernasib baik."

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS