Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jenayah Israel di Gaza adalah ‘keganasan psikologi’ - Pelapor khas PBB

Pelapor Khas PBB mengenai hak kesihatan, Tlaleng Mofokeng berkata bahawa serangan dan jenayah Israel di Semenanjung Gaza merupakan satu bentuk keganasan psikologi dan sebahagian daripada rancangan genosid, lapor Agensi Berita Palestin (Wafa).

Mofokeng menegaskan bahawa kesihatan mental penduduk Gaza semakin merosot akibat perang berterusan di wilayah terbabit.

Dia memberi amaran tahap kebimbangan dan trauma dalam kalangan penduduk Gaza kini mencapai tahap yang membimbangkan, seiring dengan keterbatasan akses perkhidmatan kesihatan dan rawatan.

Dia turut menyatakan kekesalannya terhadap situasi kanak-kanak di Gaza dengan berkata "terdapat satu generasi kanak-kanak di Gaza yang meninggal dunia sebelum mereka sempat menerima sijil kelahiran."

"Kita telah mengecewakan generasi di Gaza. Jika kita tidak dapat menghentikan bom daripada digugurkan hari ini, bagaimana kita boleh berbicara tentang masa depan dan generasi akan datang?" katanya.

-Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS