Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemukan di dalam kotak berhampiran sebuah premis usang di Kampung Rambai di Pendang, Kedah hari ini.

Ketua Polis Daerah Pendang DSP Roslan Mat berkata pihaknya menerima laporan awam pada 8.08 pagi yang memaklumkan mengenai penemuan seorang bayi lelaki masih bertali pusat di dalam kotak di premis berkenaan.

"Pihak polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati bayi berkenaan masih dalam keadaan bertali pusat dan dipercayai dilahirkan dalam tempoh kurang dari 12 jam dan dibalut dengan kain pelekat di dalam kotak dan ditinggalkan di hadapan premis yang tiada penghuni.

"Bayi itu dipercayai ditinggalkan oleh individu tidak bertanggungjawab dengan niat untuk menyembunyikan kelahiran. Bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Pendang untuk menerima rawatan dan disahkan dalam keadaan sihat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Roslan berkata kejadian itu telah dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Dia seterusnya berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menyalurkan maklumat di balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mohd Affendi Mohd Yunus di talian 04-7596222 bagi membantu siasatan.

-Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS