Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Gangguan bekalan air di KL akibat paip pecah
Diterbitkan:  Oct 8, 2024 11:00 AM
Dikemaskini: 3:00 AM

Pelbagai kawasan di seluruh Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air hari ini berikutan kerja-kerja pembaikan kecemasan akibat paip pecah di Hab Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Air Selangor dalam satu kenyataan berkata pemotongan air bermula 6 pagi hari ini dan kerja-kerja pembaikan dijangka siap pada 1 pagi, 9 Okt.

Menurut Air Selangor, bekalan air akan diagihkan kepada pengguna secara berperingkat apabila kerja-kerja pembaikan siap dan sistem pengagihan bekalan air utama telah distabilkan.

"Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 1 tengah hari 9 Okt," kata Air Selangor.

Kawasan terjejas termasuk Apartment Putra Ria, Bricfields, Bukit Bandaraya, Bukit Bangsar, Bukit Damansara, Bukit Persekutuan, Bukit Tunku, Damansara Height, Damansara Town Centre, Idamansara, Jalan Sultan Hishamuddin, Kampung Attap, Kampung Padang Merbuk dan Pusat Bandar Kuala Lumpur.

Turut terjejas ialah Kuala Lumpur Sentral, Medan Damansara, parlimen, Persiaran Sultan Salahuddin, Semantan, Taman Bandara, Taman Bangsar Baru, Taman Damansara Endah, Taman Duta, Taman Lucky, Taman SA (Bangsar), Taman SA (Damansara), Taman Tasik Perdana , Taman Tunku dan Tijani.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

"Air Selangor akan menggerakkan lori-lori tangki air dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian di sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS