Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ramli angkat sumpah sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno

Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Nor mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno malam tadi merupakan detik bersejarah bagi parti itu, menurut Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

Menerusi Facebook, Asyraf mengucapkan tahniah kepada Ramli, yang juga timbalan speaker Dewan Rakyat.

“Malam ini merupakan detik bersejarah apabila beliau menjadi orang asli pertama yang menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, membuktikan komitmen parti untuk menghargai dan memperjuangkan kepentingan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang termasuk orang asli.

"Umno akan terus komited untuk memperjuangkan suara dan hak-hak masyarakat Orang Asli dan memberi peluang kepada mereka untuk bersama-sama memacu kegemilangan negara dalam landskap politik negara," kata Asyraf dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dipengerusikan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi malam tadi.

Secara berasingan, ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi turut mengucapkan tahniah kepada Ramli sebagai Orang Asli pertama yang dilantik ke dalam majlis itu.

Ramli, 66, memenangi kerusi Cameron Highlands semasa pilihan raya kecil pada Januari, 2019, dan sekali lagi pada pilihan raya umum lalu.

Dia dilantik sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat pada 2022, menggantikan Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS