Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Serangan Israel bunuh lebih 25,000 wanita dan kanak-kanak di Gaza

Hampir 42,000 orang terbunuh di Semenanjung Gaza sejak konflik dengan Israel meletus setahun lalu, dengan lebih 60 peratus daripadanya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan Gaza pada Isnin, lapor Sputnik.

"Bilangan mangsa telah meningkat kepada 41,909, dengan lebih 60 peratus daripadanya adalah golongan wanita dan kanak-kanak. Seramai 97,303 orang cedera," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS