Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MP gesa menteri jumpa keluarga doktor berhubung siasatan kematian
Diterbitkan:  Oct 7, 2024 2:13 PM
Dikemaskini: 6:13 AM

Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong mahu Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad untuk berjumpa dengan keluarga pakar patologi Dr Tay Tien Yaa, yang meninggal dunia di Hospital Lahad Datu pada 29 Ogos.

Dalam satu kenyataan, Khoo berkata Kementerian Kesihatan harus memastikan siasatan berterusan dijalankan dengan cara yang telus.

"(Mesyuarat) ini akan menawarkan sedikit kelegaan  kepada keluarga yang bersedih.

"Pada masa yang sama, orang ramai menanti kemas kini mengenai siasatan itu dengan harapan yang besar. Jangan kecewakan kami," katanya.

Dzulkefly Ahmad

Khoo mengulas penafian Dzulkefly bahawa kementeriannya lambat menyiasat kematian Dr Tay pada 29 Ogos lalu yang didakwa telah menjadi mangsa buli di tempat kerja.

"Saya berterima kasih kepada Dzulkefly kerana meluangkan masa untuk memberi respons kepada saya.

"Walaupun saya menghargai bahawa siasatan dalaman sedang dijalankan, namun hakikatnya bahawa Pasukan Petugas Bebas hanya akan memulakan kerjanya pada 10 Oktober menimbulkan kebimbangan mengenai kelajuan tindakan yang diambil," kata ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) mengenai Hak Asasi Manusia , Pilihan raya, dan Pembaharuan Institusi itu.

Menurutnya, bahawa kematian Tay adalah masalah kepentingan awam.

Mendiang Dr Tay Tien Yaa

"Orang ramai layak mendapat laporan komprehensif mengenai apa yang berlaku, terutamanya kerana tragedi ini melibatkan seorang profesional penjagaan kesihatan," tegasnya.

Semalam, Dzulkefly menyifatkan kenyataan Khoo berkenaan dakwaan kelambatan itu sebagai tidak tepat dan mengelirukan sedangkan KKM akan menjalankan siasatan dalaman dan juga telah membentuk panel bebas.

Minggu lalu, menteri itu juga mengumumkan bahawa pasukan petugas khas yang akan berkuatkuasa mulai 10 Oktober nanti bukan sahaja akan menganalisis input dari siasatan berhubung kematian Tay, tetapi juga budaya kerja keseluruhan di Hospital Lahad Datu.

[Baca berita penuh]



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS