Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
K’jaan setuju tambah latihan bahasa Cina, Tamil di institusi perguruan

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju supaya ruang tambahan bagi latihan Bahasa Cina dan Tamil diperbanyakkan di institusi perguruan, selain daripada bahasa kebangsaan.

Anwar berkata hal ini supaya lebih banyak guru dalam mata pelajaran berkenaan dapat dilatih Kementerian Pendidikan (KPM) untuk dihantar ke sekolah jenis Tamil dan Cina.

“Sepertimana juga yang kita putuskan di beberapa sekolah kebangsaan iaitu anak-anak India yang memilih untuk menguasai atau mempelajari bahasa Tamil atau anak-anak Cina di sekolah menengah kebangsaan, itu harus kita pastikan ia (penguasaan bahasa ibunda) dapat ditingkatkan.

“Ini dasar yang tak bercanggah dengan dasar negara kita. Sebab itu saya katakan biar ada komitmen jelas dalam kalangan masyarakat Melayu, Cina dan India dan Sabah dan Sarawak tentang bahasa kebangsaan," katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Heawood di Sungai Siput, Perak hari ini.

-Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS