Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lelaki marah polis trafik dengan kata-kata kesat direman 3 hari

Polis menahan seorang lelaki kerana bertindak memarahi anggota polis trafik dengan kata-kata kesat kerana tidak berpuas hati akibat dikenakan tindakan saman dalam kejadian di Lebuhraya Thean Teik, Air Itam di Pulau Pinang, dua hari lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake berkata lelaki berumur 25 tahun itu ditahan di Taman Terubong Jaya di Air Itam kira-kira 10.30 malam bagi membantu siasatan kes terbabit.

"Hari ini (semalam) telah tular satu video menerusi aplikasi WhatsApp memaparkan seorang penunggang motosikal memarahi anggota polis trafik dengan kata-kata kesat kerana tidak berpuas hati akibat dikenakan saman selepas lelaki itu melanggar lampu isyarat merah.

"Kejadian itu berlaku pada 6.45 petang semalam (Rabu) di Lebuhraya Thean Teik dan pihak polis mengesahkan turut menerima satu laporan polis daripada anggota trafik berkenaan," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Dia berkata lelaki itu kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

-Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS