Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
CEO Mada kunjungi Mat Sabu, gambar bersalam dimuat naik
Diterbitkan:  Oct 3, 2024 5:07 PM
Dikemaskini: 9:11 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu tengah hari tadi menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif  Syarikat Perniagaan Peladang (Mada), Abdullah Ismail.

Pertemuan itu dimuat naik berserta gambar di akaun Facebook Mohamad dengan kapsyen: 

"Tengah hari tadi YB Datuk Seri Mohamad Sabu menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif MADA Corp, Sdra Abdullah bin Ismail".

Dalam gambar, kedua-duanya dilihat senyum sambil bersalaman.

Tangkap layar daripada video tular sebelum ini.

Bagaimanapun, tidak ada maklumat terperinci mengenai pertemuan tersebut.

Malaysiakini telah menghubungi Mohamad dan pejabatnya tetapi tiada balasan setakat ini.

Semalam. Abdullah membuat permohonan maaf terbuka kerana tidak bersalam dengan Mohamad ketika program menyampaikan sumbangan buat pesawah, petani dan penternak yang terjejas akibat banjir di Kedah pada 30 Sept.

Berdasarkan video yang tular, Mohamad dalam lawatan kerja di Kedah, pada Isnin lepas menghulurkan tangan kepada Abdullah tetapi dia hanya tersenyum tidak menyambut salamnya.

Bagaimanapun, Abdullah menjelaskan dia telah bersalam dengan Mohamad sebaik sahaja dia keluar dari kereta.

"Ketika mengiringi YBM KPKM bersalaman dengan pegawai lain, beliau telah menghulurkan tangan sekali lagi untuk bersalaman dengan dengan saya.

"Oleh kerana saya telah bersalaman dengan beliau sebelum itu, saya jadi terkedu dan saya terkhilaf kerana tidak bersalaman sekali lagi dengan beliau," katanya.

Mada iaitu sebuah agensi kerajaan bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang diterajui Mohamad.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS