Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jho Low bukan watak rekaan, dia betul-betul wujud - DPP

Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho  atau Jho Low, berada di mana-mana, termasuk dalam percutian keluarga Najib Razak di atas kapal layar.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa perkara itu menjadi sebab kenapa lembaga pengarah dan pengurusan 1MDB mendengar arahannya.

Pihak pendakwaan kemudian menunjukkan gambar Low bersama Najib dan keluarganya semasa percutian di perairan Perancis dan Greece antara tahun 2009 hingga 2010.

Akram berkata bekas pengerusi 1MDB Mohd Bakke Salleh berkata nampak Low keluar masuk dari pejabat Najib ketika tertuduh menjadi menteri kewangan.

DPP juga berkata Bakke memberikan keterangan bahawa dia bercakap dengan Najib melalui telefon yang diserahkan oleh Low.

Katanya, bekas pegawai khas Najib, Amhari Efendi Nazarudin, pula berkata dia sering nampak Low di rumah bekas perdana menteri itu di Langgak Duta, Kuala Lumpur.

"Low Taek Jho, dia bukan watak rekaan. Dia dikenal pasti oleh saksi melalui gambar-gambar (yang diserah kepada mahkamah).

“Dia orang betul-betul.

“Dia ada dimana-mana dalam kes ini dari awal hingga akhir. Dia terlibat dalam banyak perkara dan banyak transaksi.

“Jho Low ada dalam percutian keluarga Najib dan keluarganya.

“Dia ada dalam gambar bersama Najib dan juga Tarek Obaid (eksekutif kanan Petrosaudi International) dan Putera Turki (dari Arab Saudi) dan Rosmah (Mansor),” kata Akram.

Akram berkata demikian dalam penghujahannya dalam perbicaraan kes salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan wang 1MDB sebanyak e RM2.27 billion.

[Baca berita asal]



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS