Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis nafi dakwaan enggan terima laporan remaja perempuan hilang
Diterbitkan:  Oct 2, 2024 8:46 AM
Dikemaskini: 12:46 AM

Polis menafikan dakwaan yang tular di media sosial konon pihaknya enggan menerima laporan tentang seorang remaja perempuan yang disangkakan hilang sebelum ditemukan selamat.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata siasatan mendapati laporan berhubung kejadian itu telah diterima oleh pihak polis dalam tempoh tiga jam 11 minit selepas remaja tersebut gagal dihubungi oleh ibunya.

“Ini membuktikan bahawa pihak polis telah menerima laporan berkenaan kurang daripada tempoh 24 jam.

"Sehubungan itu, polis menasihatkan agar orang ramai supaya berhati-hati dalam menyebarkan atau memuat naik sebarang bentuk kenyataan yang tidak benar atau palsu.

“Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, seorang individu menerusi hantaran yang dimuat naik di media sosial X awal pagi semalam mendakwa pihak polis enggan menerima laporan kehilangan seorang remaja perempuan kerana didapati belum hilang selama 24 jam.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS