Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kes pukul pemandu: G25 tak mahu k'jaan terus membisu
Diterbitkan:  Oct 1, 2024 4:23 PM
Dikemaskini: 8:23 AM

Kumpulan G25 hari ini memperbaharui desakan mereka untuk melihat keadilan ke atas seorang pemandu e-hailing yang juga orang kurang upaya (OKU), Ong Ing Keong.

Kata kumpulan itu mereka tidak akan membiarkan isu serangan ke atas Ong didiamkan.

"Tindakan segera terhadap pegawai polis itu akan menjadi penghalang kepada anggota penguat kuasa lain daripada berfikir bahawa mereka boleh selamat jika bertindak sedemikian.

"Ia juga akan menjadi jaminan kepada orang ramai bahawa kita sebagai rakyat memang dilindungi daripada kezaliman pihak penguat kuasa undang-undang," katanya.

Ong, 48, dipukul pada mukanya ketika dia berada di tempat pemandu sementara menunggu penumpang di luar sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 28 Mei.

Penyerang terbabit dikenal pasti sebagai polis pengiring kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ibrahim Sultan Ismail, yang sebelum ini turut menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh.

Dalam kenyataan hari ini, G25 juga mengulangi desakan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk mempercepatkan prosiding jenayah dalam kes berkenaan.

Katanya kelewatan mendakwa penyerang Ong mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan akan semakin menghakis keyakinan orang ramai terhadap sistem perundangan negara.

Kumpulan itu juga menggesa Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menyediakan maklumat terkini secara berkala mengenai perkembangan kes berkenaan kerana ketelusan dan akauntabiliti penting bagi memastikan keadilan ditegakkan.

Menurut G25 sebarang penyalahgunaan kuasa adalah bercanggah dengan prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan piawaian hak asasi manusia antarabangsa.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS