Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Sian See' pertahan yang tak dapat dipertahan - Rafizi
Diterbitkan:  Oct 1, 2024 12:19 PM
Dikemaskini: 4:50 AM

Rafizi Ramli berkata pempengaruh media sosial ‘Lim Sian See’ tidak memberikan gambaran menyeluruh ketika mengulas isu 1MDB.

Menteri Ekonomi berkata Lim sebaliknya hanya cuba mempengaruhi pemikiran pengundi Melayu.

Rafizi berkata demikian dalam siri podcast bersama Lim–identiti lain bekas timbalan pengarah komunikasi strategik BN Eric See-To ketika Najib Razak menjadi perdana menteri.

Rafizi berkata, Lim mempunyai ramai pengikut daripada kalangan pengundi Melayu, malah lebih ramai berbanding sesetengah pemimpin Umno.

Dia justeru mempersoal kenapa pengendali Facebook Najib itu menyebarkan maklumat salah dan “mempertahan sesuatu yang tidak dapat dipertahan”.

Sebanyak AS 4.5 billion dana syarikat pelaburan negara itu didakwa disalah guna.

See-To bagaimanapun berkata dia akan terus memperjuangkan keadilan kepada Najib yang dipenjara dalam kes  SRC International case.

Katanya, kerajaan tidak menguar-uarkan jumlah wang yang diperoleh semula.

Rafizi kemudian berkata dia “berterima kasih” kerana See-To mengakui bahawa wang itu dikembalikan.

“Kalau ikut logik daripada saudara lim, kita boleh curi duit tapi asalkan wang itu dipulang kembali kita tak bersalah,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS