Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis, JAIPk kerjasama banteras ajaran sesat di Perak
Diterbitkan:  Sep 30, 2024 2:25 PM
Dikemaskini: 6:25 AM

Polis akan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIPk) dalam usaha membanteras kegiatan beberapa ajaran sesat yang dikesan di negeri ini, kata Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris.

Beliau berkata polis sedang menjalankan siasatan berhubung penyebaran ajaran sesat itu, namun dari segi langkah penguatkuasaan pihaknya perlu merujuk kepada JAIPk terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Kita perlu rujuk dengan JAIPk kerana perkara itu terletak di bawah bidang tugas mereka.

"Buat masa ini belum masa untuk kita bertindak, kita tunggu dan lihat,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Advokasi Kesederan Keselamatan Jalan Raya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Mohd Taib, Chemor, di Ipoh, hari ini.

Beliau berkata demikian semasa dirujuk mengenai kenyataan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad beberapa hari lepas yang memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah mengesan beberapa ajaran sesat yang beroperasi di daerah tertentu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS