Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tiada kakitangan, pelajar IPTA terlibat dalam kumpulan GISBH
Diterbitkan:  Sep 30, 2024 12:54 PM
Dikemaskini: 4:54 AM

Kerajaan mengesahkan setakat minggu lalu, belum ada kakitangan akademik dan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dikesan terbabit secara aktif dalam kumpulan GISB Holdings (GISBH).

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Mustapha Sakmud, bagaimanapun memberi jaminan pihaknya akan memantau perkembangan isu berkenaan secara rapat supaya tindakan segera boleh diambil jika terdapat bukti sebaliknya.

"Setakat ini belum ada dan berdasarkan maklumat yang kerajaan terima, belum ada (kes)... tapi kami sedang memantau kalau ada yang terlibat.

"Selalunya setiap minggu ketika mesyuarat kabinet, perkara ini akan dibentangkan, namun setakat minggu lepas belum ada.

"Untuk peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), kita tunggu Rabu ini kalau ada maklumat yang boleh diambil tindakan," katanya pada sidang media selepas merasmikan simposium anjuran Jaringan Universiti Teknikal Malaysia kali ke-3 di Kuantan, Pahang, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abd Kadir, turut memberi jaminan untuk memastikan semua IPTA bebas daripada sebarang dakyah dibawa kumpulan GISBH.

"Perkara ini dalam bidang kuasa polis yang telah membentuk satu pasukan khas bagi melaksanakan tanggungjawab telah diberikan.

“Ia (siasatan) akan melibatkan semua, tak kira sama ada dia pelajar atau pensyarah universiti. Bermakna, tindakan yang diambil adalah secara menyeluruh,” kata Zambry.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS