Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lubnan isytihar berkabung 3 hari atas kematian Nasrallah

Perdana Menteri Lubnan Najib Mikati pada Sabtu mengumumkan tempoh berkabung di seluruh negara selama tiga hari susulan pembunuhan Setiausaha Agung Hizbullah Hassan Nasrallah yang mencetuskan kebimbangan terhadap konflik lebih meluas di rantau itu, lapor Agensi Anadolu.

Pejabat Mikati dalam kenyataan memaklumkan bendera akan dikibarkan separuh tiang di semua jabatan kerajaan, institusi awam dan majlis perbandaran.

Kenyataan itu turut memaklumkan pejabat awam akan ditutup pada hari pengebumian Nasrallah. 

Bagaimanapun, Hizbullah belum mengumumkan tarikh pengebumian itu.

Tentera Israel memulakan serangan udara berskala besar di Lubnan awal minggu ini, membunuh ratusan orang dan memindahkan ribuan penduduk. 

Ketegangan semakin memuncak selepas tentera rejim membunuh Nasrallah dan beberapa komander lain di Beirut pada Jumaat. Tentera Israel terus mengebom beberapa bahagian ibu kota Lubnan pada Sabtu.

-Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS